PENGAWAL KESELAMATAN (PSH)

 downloadfavicon ratio

JAWATAN KOSONG
PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG

PENGAWAL KESELAMATAN (PSH)

(18 KEKOSONGAN)

  1. KUMPULAN PERKHIDMATAN     : SOKONGAN
  2. JENIS JAWATAN                           : KONTRAK (Boleh disambung di bawah skim PSH)

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

  1. Melaksanakan rondaan dan pemantauan keselamatan di seluruh kawasan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) setiap jam pada waktu siang dan setiap 2 jam sekali di waktu malam atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Sekuriti PBBPP;
  2. Membuat catatan dan laporan perkara-perkara semasa dalam Buku Log Keselamatan setiap jam bertugas;
  3. Menjaga dan memastikan harta benda PBBPP berada dalam keadaan baik dan selamat;
  4. Memastikan kawalan keselamatan di dalam premis bagi mengelakkan kecurian dan unsur-unsur sabotaj;
  5. Melarang atau mencegah mana-mana pengunjung membawa masuk barang-barang yang dilarang serta haiwan peliharaan ke dalam funikular;
  6. Melaporkan kepada Pegawai Sekuriti PBBPP dengan kadar segera sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang menyalahi peraturan atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak PBBPP;
  7. Memastikan tiada sebarang aktiviti-aktiviti yang diadakan dipremis PBBPP tanpa kelulusan Pengurusan PBBPP;
  8. Menerima dan melaksanakan semua arahan dari Pegawai Sekuriti PBBPP;
  9. Membantu Pengurusan Pengunjung (Crowd Management) dan perlu mengamalkan sikap seperti berikut:
    • Mengamalkan tatacara perhubungan awam yang baik semasa berhubung dengan pengunjung;
    • Mempunyai perwatakan yang baik dan mesra pelanggan.
  10. Lain-lain tugasan yang diarahkan oleh Pegawai Sekuriti PBBPP dan Pengurusan PBBPP dari semasa ke semasa.

 

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia, terutama penduduk Pulau Pinang atau berdekatan PBBPP;
  2. Berumur 25 tahun ke atas;
  3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kursus Kemahiran Pengawal keselamatan yang dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) atau kelayakan lain yang berkaitan;
  4. Pesara atau bekas badan beruniform seperti Bekas Anggota ATM, PDRM atau BOMBA layak dipertimbangkan;
  5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan juga ketahanan fizikal dan mental yang kuat dan sihat;
  6. Mempunyai perwatakan yang ceria dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  7. Tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan terutama melibatkan kes jenayah atau dadah; dan
  8. Boleh bekerja dalam syif, kerja lebih masa, cuti umum dan hujung minggu.

*Hanya calon yang disenarai-pendek akan dihubungi untuk temudga.

Application Form

 

Email your application

Email your application
Any job related inquiry or application you may reach us at

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Mail in your application

Mail in your application
Submit your complete application to the stated address: -

PEJABAT PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
TINGKAT 7, BANGUNAN PBBPP
JALAN STESEN BUKIT BENDERA
11500 PULAU PINANG
(ATTN.TO: CORPORATE MANAGEMENT SERVICE DIVISION)
TEL. NO.: 04-8288880 / 61 FAX NO.: 04-8288862