Permohonan Permit Masuk Jalan Jip, Bukit Bendera

 download

PERMOHONAN PERMIT MASUK JALAN JIP, BUKIT BENDERA

PENGENALAN

Permohonan permit dan kad akses diperlukan bagi penggunaaan kenderaan di Jalan Jip melalui Taman Botani, Pulau Pinang. Kawalan dilaksanakan oleh Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) bagi mengawal kenderaan keluar masuk, mengurangkan kesesakan trafik dan mengurangkan risiko kemalangan di Jalan Jip di Bukit Bendera. Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak yang berkeperluan sahaja untuk menggunakan Jalan Jip, perlu membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan kad akses sebelum kenderaan memasuki kawasan tersebut.  

Pengguna Jalan Jip adalah tertakhluk kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Bukit Bendera (Kawalan Lalu Lintas ) Tahun 2022 setelah memasuki ke kawasan pentadbiran PBBPP.

Kategori permohonan permit kenderaan adalah terhad kepada :-

  1. Penduduk
    1. Pemilik Kediaman
    2. Penjaga Kediaman (Caretaker)
  1. Peniaga
  2. Perkhidmatan Jip
  3. Perkhidmatan Buggy
  4. Jabatan Agensi/ Kerajaaan
  5. Kontraktor
    1. Jangka Pendek
    2. Jangka Panjang
  1. Pembekal atau penganjur program

PROSEDUR PERMOHONAN KALI PERTAMA

 

PROSEDUR PEMBAHARUAN PERMIT

 

Borang permohonan yang lengkap perlu diserahkan ke alamat berikut : 

Pejabat Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang
Tingkat 7, Bangunan PBBPP
Jalan Stesen Bukit Bendera
11500 Pulau Pinang